Apa Itu Kad Digital?

Kad Digital adalah serupa dengan kad yang biasa kita terima dan berikan, tetapi perbezaan yang ketara disini ialah ia dihasilkan dengan menggunakan media digital dan bukannya kertas atau bahan tradisional lain.

Kad Digital ini juga sangat mudah cara penggunaanya. Dimana anda hanya perlu menghantar link kepada bakal tetamu atau pelanggan anda, melalui  aplikasi tersedia seperti whatsapp atau telegram. Dan yang lebih menarik, Kad Digital ini juga anda boleh kongsikan ke laman sosial anda seperti meletakkan link pada status anda di Facebook atau pada Bio anda di Whatsapp dan juga Tiktok.

Kad Digital mempunyai ciri-ciri praktikal yang akan memudahkan anda dan juga pelanggan. Dengan Kad Digital ini tidak perlu lagi risau tentang menjangkau rakan atau pelanggan anda. 

Dengan penggunaan Kad Digital ini juga, kita dapat mengurangkan penggunaan kertas, sekaligus dapat selamatkan bumi kita daripada tercemar. Oleh itu jom GO GREEN bersama kami di Kad Digital!

Leave a Reply

Your email address will not be published.